Profil de Zulkifly HamatJiwang UnitedPhotosBlogListes Outils Aide

Jiwang United Member

Occupation
Lieu
Centres d'intérêt 
as a building designer and a photographer.
La liste est vide.

Jiwang United

"Aku menyukainya namun aku tidak merasakan bahawa aku mengenalinya.”
20 septembre

Birthday Mean

My Birthdate: August 28

 

Your birth on the 28th day of the month (1 energy) adds a tone of independence and extra energy to your Life Path.
The number 1 energy suggest more executive ability and leadership qualities than you path may have indicated.
A birthday on the 28th of any month gives greater will power and self-confidence, and very often a rather original approach.

Unlike much of the other 1 energy, this birthday is one that endow with the ability to start a job and continue on until it is finished.
You may prefer to use the broad brush, but you can handle details as well.
You are sensitive, but your feeling stay somewhat repressed.
You have a compelling manner that can be dominating in many situations.

16 septembre

warna kelahiran

tengoklah 'warna-warna kelahiran..'
Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui
tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang
itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir.
Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh
lahir
kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning
.
Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian
diri kamu menerusi warna tersebut.
tapi jgnla pula terlalu percaya!!!

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang - it's me!!!
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu
juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu
badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan
dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih!
Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai
seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari
segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta
dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang
benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama
untuk melafazkan sayang!

Teal
(warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu
yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih
yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa
juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu
tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.
Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan
diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang
tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang
lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu
disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya
mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis
yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan
silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan
ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu
sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu
saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali
yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai
oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga
lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.
Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga
orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang
bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka
melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu
buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia
kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani
buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya.
Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat
mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan
peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu
lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak
stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai.
Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah.
Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara
kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri
yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah
kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga
namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan
keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat
sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka
bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan
tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati
juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan
apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana
kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan
mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar
untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan
perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan
suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan
kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang
yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang = > it's me...!!!

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.
Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh
cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu
perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh
sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga
perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati
orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu
pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang
harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.
Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu
berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan
dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat
jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain
bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai
si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan
itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.
Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu
juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian
ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi
berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada
seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang
lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,
ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi
terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya
dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si
dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu
buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu
berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.
Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri
melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.
Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari
segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah
percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam
bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak
temakan diri!

nota kaki: baca boleh tapi percaya tu jgn...
12 septembre

Ku Menangis Kehilangan Mu - Scoin

Setelah sekian lama
Memendam cinta dihati
Berkasih indah kurasa
Merindu orang di sayang

Tak sangka hatiku diluka
Sewaktu kasihku berbunga
Engkau pergi tanpa kata
Kerana mu ku tersiksa

Oh... pilu dihati
Menyiksa batin tersiksa
Terkenang apalah nasibku
Tak pernah rasa bahagia

Mengemis kasih orang
Tak sedar siapakah diri
Yang menumpang di sudut hati
Tak tahu orang dah tak sayang

Walaupun tak ku rela
Kehilangan mu sayang
Bersama air mata
Ku lepaskan kau pergi

Andainya dapat kau rasa
Kepiluan dihati ini
Bagaikan terbakar api
Semarak pedih terasa
Bila kekasih menghilang
Perginya tiada berpesan
Ku menangis kerana mu

nota kaki: best betol layan lagu nie...tambah plak time aku cenni...ahaaks!!!

7 septembre

antara perasaan dan kawan

Semua org ada kawan. Aku pun punya ramai kawan. Sama mcm korang jugak. Korang pun sebenarnya kawan aku gak cuma tak kenal, tak pernah jumpa. Kawan nie kalau tak kenal susah tapi kalau dah kenal kekadang menyusahkan. Cuma aku bersyukur sangat kawan-kawan aku sumernya tak nyusahkan aku. Malah kekadang aku bangga dapat menolong kawan aku. kenapa aku mesti tolong kawan aku sebab aku rasa aku org baik. Cuma aku belum menjadi yang terbaik. Kawan chenta bila kita betul-betul menchentai kawan kita. Buat apa saja pun kita sanggup berkorban untuk kawan kita. tuh lah kekadang kena berhati-hati bila berkawan kerana takut dari kawan terpaksa pulak berchenta. Bila dah suka, bila dah sayang, bila dah chenta maka perasaan kawan itu akan bertukar. Susah sebenarnya nak gambarkan dengan perkataan. Selalunya bila berkawan kita tak perlu nak jaga hati, kita lebih mudah untuk berterus terang, tapi bila dah lebih dari kawan terpaksa lak menjaga hati dan banyak persoalan terpaksa dipendamkan. malah kekadang kita terpaksa menipu, tak kisah lah samada menipu kawan kita atau menipu diri kita sendiri. Makanaya, hati-hati lah
 
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang?
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit...
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir...
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana...
kata sedara,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saja apa dikata...
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau busuk tp sedap dimakan...
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap tak de...
kata AKU ,
KAWAN tu tak kisahlah camane pun...
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
Walaupun dia tunjuk muka pada aku masa dia susah je...Walaupun dia selalu kata sibuk & tak de masa untuk aku...Walaupun dia hanya cari aku bila dia takde kawan lain...Walaupun kdg2 aku terpaksa ingatkan dia supaya dia sedar kewujudan aku...Walaupun aku pernah menangis krn tak dipedulikan...
tapi tak pe lah...dia tetap kawan aku...tau tak sebab apa???sekali aku dah kawan ngan dia selamanya dia tetap sahabat aku walaupun pada dia, aku hanya kawan...

 
 


Jumpa dia

hantar mess. pada dia sekadar bertanya khabar. last sekali dia ajak aku keluar lunch. makan kat noodle station. tempat lepak bila aku nak makan dengan dia. lama benar rasanya aku tak makan bersamanya,aku hepi betul hari nie kerana dapat makan bersamanya. lepas order makanan masing masing soalan pertama yang dia tanya aku.. a.zul ok ke tak? aku jawab ok sahaja! dia tanya sekali lagi, mmg aku ok sahaja. lalu dia tunjukkan aku satu mess. dari no. henset aku...mess yang mengutuk dia kerana nak rampas aku dari my wife...terkejut aku membacanya. rupa rupa rupa nya my wife ada hantar mess. memarahi dia.
 
benda nie sebenarnya terjadi apabila my wife terbaca mess. yang dihantarnya pada aku...my wife menangis malam tu kerana aku tidak menghargai kepercayaan yang diberinya kepada aku selama ini dan hatinya hancur berkecai bila dapat tahu aku ada perempuan lain. aku terangkan pd nya dia tu hanya sekadar kawan sahaja. aku terangkan segala galanya pada dia dengan mengatakan dia tu dah ada bf dan akan kahwin awal tahun depan. jenuh juga lah aku memujuknya pada malam tu...nasib baik jalan, namun katanya hatinya hancur bila mengenangkan perkara nie. mama maafkan abah diatas keterlanjuran perbuatan abah tu...abah mohon ampun!!
 
sebenarnya aku tak mahu sesiapa pun yang mengetahuinya peristiwa ini, biar aku sahaja yang tahu, tapi bila dia tunjukkan mess. tersebut, lalu aku terangkan perkara diatas kepada dia. tapi aku harap dia akan merahsiakan perkara nie dan jangan memberitahu sesiapa termasuk dengan kawan karib aku yang seorang lagi tu.
 
giliran aku tanya dia pula, pasal hubungan dia dengan bf nya tu...dia kata bf dia da balik. lepas nie dia ada temu janji dengan bf dia. aku tanya apa perasaan dia pd bf dia setelah apa yang telah berlaku kepada dia. dia kata setakat kawan sahaja. aku tak percaya, abetul kah begitu? lalu dia cakap mmg dia dah tak ada perasaan lagi pada bf dia tu tapi dia tak dapat menerima lelaki lain selain dari bf dia tu...blur aku dibuatnya. dia terperangkap dengan janji dia tak akan kembali pada dia lagi dengan cintanya yang masih membara dihatinya. aku nasihatkan dia hear ur heart n feel ur soul  ... cuba duga perasaan dia, sekiranya bf dia masih ada perasaan kepadanya minta dia prove kan kasih sayang dia katakan padanya buatlah sesuatu seperti hantarlah rombongan merisik ke atau engage dulu pd tahun nie, sekiranya dia buat dono sahaja itu tandanya dia mmg tak sayang lagi. tak perlu menunggu terlalu lama untuk mengharapkan cintanya lagi.
 
hampir sejam kami berborak,terasa cepat benar masa berlalu...aku tinggalkan dia kat situ kerana katanya bf akan pick up dia kat situ. terima kasih kerana sudi keluar dan makan dengan aku...
 
semoga dia akan menenmui kebahgiaan dihatinya suatu hari nanti...
 
nota kaki: parasmu bagai setangkai mawar, menyejukkan kesegaran pagi, memberi semangat diri ini, untuk melalui hari-hari, dikala aku sendiri, memberikan nafas sejati
 
4 septembre

Remeber You...

hari ini bukan Hari Kekasih,
Hari ini juga bukan Hari Persahabatan,
Tapi hari ini...hari aku teringatkan dia,
*tak tahu kenapa~jangan tanya*
Tetiba sahaja aku rindukan dia,
*herrr*
Hmmm.....rasa macam dah kama benar!
Aku tak nampak muka dia,
Aku tak dengar suara dia,
Aku tak senyum dengan dia,
Aku tak bau wangian badan dia,
Aku tak rasa cubitan dia,
Hmmm....you know what???
Aku suka tengok muka dia,
Aku suka tengok kening dia,
Aku suka tengok mata dia,
Aku suka tengok hidung dia,
Aku suka tengok bibir dia,
Aku suka tengok leher dia,
Aku suka tengok....,
*ek..stop!!..stop!!..stop!!*
Aaaaahhhhh!!!
Sudah lama benar aku tak tengok dia,
...uhuhuuuuuuu!!!
Aku ingat kalau aku jumpa dia nanti,
Aku hendak beritahu dia,
..er..er..aku nak beritahu dia..
'AKU SAYANG DIA'
*ek...tak jadi ler...malu plak*
..uhuhuuuuu!!! *kesat air mata*
 
nota kaki: idea nie datang masa dok mancing kat tengah laut p.perhentian~2:30am!!!
 
2 septembre

Not like that

I'd like to point out that I'm no writer, if that isn't already obvious. Anyways, a bit of scribble about a girl I've had meet, maybe she knows,maybe she doesn't, I'm just glad we're friends...
 
I love you
I admit it
but I'll never tell 'cause
you say,
you're "not like that."
I've heard dozens of times.

How many times have we wrote
that off as a joke.
Sayin'
"Its just friendly"
countless...

I love you
but you'll never know 'cause
you're "not like that."

 
La liste est vide.
Wedding  
Photo 1 sur 1
La liste est vide.